✦ Huffaz Cilik Al-Quran β€’ Generasi STEM

Membina Generasi Hebat Bermula Dari Kecil

Pendidikan awal yang menggabungkan Al-Quran, pembelajaran moden, STEM dan perkembangan sahsiah dalam suasana yang selamat dan menyeronokkan.

β˜ͺ️ Huffaz CilikπŸ”¬ STEM❀️ Penyayang
Aktiviti pembelajaran Atfaal
πŸ’œ Islamik β€’ STEM β€’ HolistikBelajar dengan gembira
UNTUK IBU BAPA & KELUARGA

Segala keperluan keluarga Atfaal, dalam satu tempat.

Daftar kemasukan, akses portal ibu bapa untuk bahan pembelajaran, atau kenali perkhidmatan Taska Atfaal.

Aktiviti AtfaalGenerasi STEM 🌱
Tentang Atfaal

Membina Huffaz Cilik yang Berakhlak & Kreatif

Atfaal menggabungkan pendidikan Al-Quran, pembentukan akhlak, kreativiti dan STEM melalui pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna.

Dapatkan Maklumat
Kenapa Atfaal?

Lebih daripada sekadar tadika

Setiap pengalaman dirancang untuk membantu anak berkembang secara seimbang.

β˜ͺ️

Islamik

Nilai Al-Quran, adab dan akhlak diserap dalam rutin pembelajaran harian.

πŸ”¬

STEM

Aktiviti hands-on mencetuskan rasa ingin tahu dan kemahiran menyelesaikan masalah.

🌱

Holistik

Bahasa, sosial, emosi, fizikal dan kreativiti berkembang bersama.

4–6Umur Sasaran
STEMHands-on Learning
QuranHuffaz Cilik
CAREPersekitaran Penyayang
4 Asas Generasi Atfaal

Al-Quran β€’ Akhlak β€’ Kreativiti β€’ STEM

Di Atfaal, anak-anak belajar melalui Al-Quran, pembentukan akhlak, kreativiti dan penerokaan STEM dalam suasana yang menyeronokkan dan bermakna.

01

πŸ•Œ Huffaz Cilik Al-Quran

Menyemai kecintaan kepada Al-Quran melalui bacaan, hafazan, doa, adab dan penghayatan nilai-nilai Islam sejak usia awal.

02

❀️ Akhlak & Sahsiah Mulia

Membentuk anak yang beradab, penyayang, yakin, berdikari dan menghormati diri sendiri serta orang lain.

03

πŸ”¬ STEM & Kreativiti

Menggalakkan anak meneroka, bertanya, mencuba dan mencipta melalui aktiviti sains, teknologi, matematik, seni dan penyelesaian masalah.

04

πŸš€ Kemahiran Masa Hadapan

Membina keyakinan, komunikasi, pemikiran kritis, kreativiti dan kemahiran sosial serta kepimpinan sebagai persediaan menghadapi dunia masa hadapan.

Kenapa Pilih Atfaal?

Membina Huffaz Cilik, Berakhlak & Berkeyakinan

Pembelajaran Al-Quran, akhlak, kreativiti dan STEM dalam suasana yang menyeronokkan, selamat dan bermakna.

Full Day

Program seharian dengan pembelajaran, Al-Quran, Akademik mengikut KSPK, STEM, Robotik, Aktiviti kreatif, Rehat dan Kelas One to One bersama Guru.

Kenali Program Atfaal

Half Day

Program separuh hari dengan fokus asas Akademik mengikut standard KSPK, Al-Quran, Kreativiti, STEM, Robotik dan Sosial.

Kenali Program Atfaal

Program Tambahan

Sesi pembelajaran tambahan subjek Bahasa Jawi, Matematik, Jom Baca BM, Let's Read dan Fardu Ain serta aktiviti santai dan bimbingan secara "One To One" bersama Guru.

Kenali Program Atfaal
Galeri

Setiap Senyuman Ada Cerita, Setiap Aktiviti Membina Masa Depan

Terokai pengalaman anak-anak di Atfaal melalui aktiviti Al-Quran, pendidikan Islam, STEM, kreativiti, pembelajaran dan permainan. Setiap pengalaman membantu membentuk Huffaz Cilik Al-Quran yang berakhlak, kreatif, yakin dan bersedia menghadapi masa hadapan.

Apa Kata Ibu Bapa

Pengalaman Ibu Bapa Bersama Atfaal

Kisah dan pengalaman ibu bapa yang memilih Atfaal sebagai tempat anak membina asas Al-Quran, akhlak, kreativiti dan keyakinan diri dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

E
β˜…β˜…β˜…β˜…β˜…
Pengalaman keluarga Atfaal
β€œSepanjang anak saya di di APC, saya nampak banyak perubahan positif. Dulu dia seorang yang pemalu sangat setelah 4 bulan, beliau belajar di sini sekarang dah pandai bergaul, urus diri sendiri, malah dah boleh baca surah Al-Fatihah, Asmaul Husna dan surah-surah lain. Terima kasih banyak buat guru-guru APC atas kesabaran dan berikan didikan penuh kasih sayang. Saya sangat hargai semua usaha guru-guru APC.”
En. Sopie(Bapa Adam – 4 Tahun)Ibubapa / Penjaga
P
β˜…β˜…β˜…β˜…β˜…
Pengalaman keluarga Atfaal
β€œAnak menunjukkan perkembangan yang sangat memberangsangkan dalam aspek kemahiran kendiri. Pada usia 2 tahun dia sudah mampu membuka pampers serta menanggalkan seluar, baju dengan hanya sedikit bantuan. Peningkatan kemahiran motor hasul dan motor kasar yang bagus. Dari sudut emosi dan sosial ank kelihatan bersemangat untuk mencuba sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada orang dewasa. Dengan sokongan berterusan daripada guru-guru yang sangat membantu anak-anak ini mengurus diri dan rajin membuat pelbagai aktiviti menarik.”
Pn Diyana (Ibu Arsyad – 2 Tahun)Ibubapa / Penjaga
P
β˜…β˜…β˜…β˜…β˜…
Pengalaman keluarga Atfaal
β€œJika saya ada rezeki anak nombor dua, saya nak hantar ke APC lagi. Saya sangat berpuashati. Walaupun Mikhayla bermula lambat, pada mulanya saya risau, tetapi bila tengok Mikhyala sekarang ini banyak sangat perubahan setiap hari dia balik dari sekolah ada sahaja benda yang dia nak ceritakan. Saya nampak dia seronok, membaca, mengira, mengeja semakin laju. Terima kasih kepada semua guru-guru APC.”
Pn. Ermelina (Ibu Mikhayla – 6 Tahun)Ibubapa / Penjaga
P
β˜…β˜…β˜…β˜…β˜…
Pengalaman keluarga Atfaal
β€œAssalamualaikum teacher amy..First of all, TQ for organising this trip..Anak sy sgt happy & teruja dengan ilmu sains..Lawatan ini memberi peluang kepada mereka utk melihat sendiri aplikasi sains & meningkatkan minatnya terhadap bidang sains (STEM). "mommy, zubayr nak jadi scientist" πŸ₯°β€
Pn Zue (Ibu Zubayr – 5 Tahun)Ibubapa / Penjaga
FAQ

Soalan yang sering ditanya

Apakah umur kanak-kanak yang diterima di Atfaal?

Atfaal menerima kanak-kanak mengikut program dan kekosongan yang tersedia, termasuk peringkat Taska dan Prasekolah. Ibu bapa boleh menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat umur kemasukan bagi sesi semasa.

Apakah program yang disediakan?

Atfaal menyediakan program pembelajaran dan penjagaan kanak-kanak yang merangkumi Prasekolah, Taska, Full Day, Half Day dan Program Kelas Petang. Setiap program dirancang mengikut keperluan dan perkembangan anak.

Adakah terdapat pembelajaran Al-Quran?

Ya. Pembelajaran Al-Quran merupakan salah satu elemen penting dalam pendidikan Atfaal. Anak-anak diperkenalkan kepada Al-Quran, Iqra’, hafazan surah-surah pilihan, doa harian serta nilai dan adab Islam secara berperingkat mengikut tahap perkembangan mereka.

Apakah maksud konsep β€œHuffaz Cilik Al-Quran” di Atfaal?

Konsep Huffaz Cilik Al-Quran memberi penekanan kepada pembentukan anak yang mencintai Al-Quran sejak usia awal. Pembelajaran dilakukan secara berperingkat, menyeronokkan dan sesuai dengan usia kanak-kanak.

Adakah Atfaal turut memberi penekanan kepada STEM?

Ya. Atfaal menggabungkan elemen STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) dalam pengalaman pembelajaran kanak-kanak melalui aktiviti penerokaan, eksperimen mudah, penyelesaian masalah, kreativiti dan pembelajaran berasaskan pengalaman.

Bagaimanakah pendekatan pembelajaran di Atfaal?

Kami menggalakkan pembelajaran yang aktif, menyeronokkan dan berpusatkan kanak-kanak. Anak-anak diberi peluang untuk meneroka, bertanya, mencuba, bermain, berkarya dan belajar melalui pengalaman sebenar.

Apakah yang membezakan Atfaal daripada tadika lain?

Atfaal menggabungkan pendidikan Islam, Al-Quran, akademik, STEM, kreativiti dan pembentukan akhlak dalam satu pengalaman pembelajaran yang seimbang. Matlamat kami adalah untuk membantu melahirkan generasi yang cinta Al-Quran, celik STEM, yakin diri dan berakhlak mulia.

Bagaimanakah cara untuk mendaftarkan anak?

Ibu bapa boleh mengisi Borang Pendaftaran Online yang disediakan di laman web atau menghubungi pihak Atfaal melalui WhatsApp.

Pasukan kami akan membantu menerangkan proses pendaftaran, program yang sesuai dan langkah seterusnya.

[πŸ“ DAFTAR SEKARANG]

Di manakah lokasi Atfaal?

Atfaal Preschool & Playtime Child Care Center terletak di:

No. 67, Jalan Tasik Senangin 9/3, Seksyen 9, Bandar Tasik Senangin, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan.

Kami mengalu-alukan keluarga dari Lenggeng dan kawasan sekitar Negeri Sembilan untuk mendapatkan maklumat kemasukan dan lawatan ke pusat kami.

Adakah ibu bapa boleh melawat Atfaal?

Ya. Ibu bapa boleh menghubungi pihak Atfaal terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat mengenai lawatan ke pusat, waktu yang sesuai dan kekosongan tempat.

Bagaimanakah ibu bapa boleh menghubungi Atfaal?

Ibu bapa boleh menghubungi kami melalui WhatsApp atau borang pertanyaan/pendaftaran yang terdapat di laman web.

Masih Ada Soalan?

Kami sedia membantu ibu bapa mendapatkan maklumat yang diperlukan sebelum membuat keputusan untuk si kecil.

πŸ’¬ WhatsApp Kami
πŸ“ Borang Pendaftaran

Tempat adalah terhad dan tertakluk kepada kekosongan bagi setiap sesi.

Jom bina masa depan anak anda bersama Atfaal.

Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat program, yuran dan pendaftaran.

πŸ’¬ WhatsApp Untuk Pendaftaran